My Blog List

Sunday 10 February 2013

Lari dari perang..??

Dalam suatu peperangan antara 2 pihak yang memperjuangkan ideologi berbeza, pihak P memperjuangkan ideologi Islam manakala pihak L memperjuangkan ideologi kebangsaan.

Suatu ketika, salah seorang panglima puak P yang dikenali sebagai N telah dilihat berada di khemah panglima puak L sambil memberikan taklimat tentang strategi ketenteraan puak P.

Lalu ahli mesyuarat perang puak P memberikan surat tunjuk sebab atas kelakuan panglima N yang merugikan dan meletakkan puak P dalam situasi perpecahan dan membahayakan strategi ketumbukan tentera. Panglima N mengabaikan arahan pimpinan perang puak P dan leka meneruskan agenda peribadi.
...
Pihak majlis mesyuarat perang puak P tiada pilihan lain selain melucutkan jawatan panglima N agar tidak membahayakan strategi ketenteraan puak P. Panglima N memang sudah menyedari takdirnya begitu.

Tanpa berfikir panjang, panglima N memilih untuk membantu jentera serangan puak L dengan melepaskan peluru2 machine-gun ke arah khemah panglima2 perang puak P dan sesekali dilihat berada di barisan hadapan bersama2 panglima2 perang puak L.

Apabila ditanya oleh sebahagian tentera puak L, adakah beliau telah menyertai puak L dan meninggalkan puak P? Jawabnya ringkas, tidak. Dia masih lagi ahli tentera puak P, tapi dia rasa bertanggungjawab untuk menembak ke arah puak P kerana melihat ada beberapa keputusan panglima puak P bercanggah dengan pandangan peribadinya.

Panglima2 puak P yang masih bersabar, tidak membalas tembakan panglima N melainkan mengembalikan semula pelurunya yg penah ditembak suatu ketika dulu.

Jika dalam peperangan, meninggalkan pasukannya dan menyertai pasukan musuh itu dipanggil apa? Jika saja lari dari peperangan itu merupakan kesalahan besar, apakah membelot terhadap pasukan sendiri itu dipandang sebagai tindakan yang mulia?

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti.

-Ustaz Love-

copy n pasta..
Senyum ya.. ^_^

No comments:

Post a Comment