My Blog List

Thursday 16 January 2014

Kala terasa penat seharian di lapangan (walopun x seberape nk lapang la.. ;-> ), saya segera mengingati cerita dari Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. terasa nyaman jiwa dan kembali segar seperti kembali dari satu sesi motivasi. Inilah juga yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW, dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abu Laith as-Samarqandi dalam musnadnya dari Ato' bin Abi Ribah (bermaksud), "Apabila seseorang kamu ditimpa musibah maka ingatlah musibah yang turut menimpaku kerana sesungguhnya ia adalah sebesar-besar musibah."

Pastinya jauh langit dan bumi jika dibanding tahap tekanan dan bebanan yang kita hadapi pada hari ini dengan apa yang dihadapi oleh Rasulullah SAW sebagai Rasul ulul 'Azmi dan para salaf as soleh. Namun jelas, tatkala membaca sirah Rasulullah SAW, bagai satu tamparan terhadap diri sendiri betapa tidak layak pun kita mahu mengeluh dengan sedikit ujian yang kita hadapi.

Jamaludin al-Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancong, penjara seperti istirahat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah Taala sebagai kekasih yang dirindui. Sungguh dahsyat ibarat ini. Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirahat dan buang daerah sebagai pakej pelancongan jika ia bukan terdiri dari pejuang-pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah Taala.

Manisnya berjuang apabila kita merasai keperitannya. Seperti lazatnya orang berpuasa setelah ia melalui detik lapar dan dahaga kemudian ia berbuka dihujung hari. Indahnya hidup orang yang mendapat sijil pengajian setelah berpenat lelah saban tahun mencari ilmu. Begitulah manisnya berjuang biar difitnah dan ditohmah. Biar penat dan lelah segala anggota namun di kala ada kesempatan bertelingkuh bermunajat ke hadhrat Ilahi, terasa diri cukup bertuah.

Selamat berjuang buat semua biarpun payah.



senyum selalu.. ^_^

Sunday 12 January 2014

Bakal melarikan diri..

hmm..
Alhamdulillah masih diberi kesedaran, semoga Allah menerima setiap taubat hamba2 NYA yg penuh dosa dan hina ini..

hmm..
Tamparan ke atas diri ni baru seketika tadi.. tergerak hati ku seiring akal yg berputar ligat setiap kali aku diberi secara rela mahupun aku yg meminta2.. (gedik je aku rase diri aku ni bile ingt balek.. hmm.. mcm x cukup kasih sayang sangt rupe.. ok tampar dahi sendiri ye si pemonolog sanubari.. )

"salah ke perbuatan org tu..?", jawab dia "hmm.. salah la.."

instinct ku betul.. sudah ku ketahuan dari awal lagi tpi mengapa aku merelakan diri ku terjunam ke lembah itu pun aku x mengerti.. 
mengiakn segala perbuatan seakan aku mempunyai dua personaliti yg berbeza setiap kali peristiwa itu terjadi.. hmm

sebelah mengatakan "agak2 la wei.. ko x rase salah ke perbuatan ko??.." 
sebelah mengatakan "rilek la.. main2 je pun..nk gembira2.. semua pun bahagia.."

ngekk la semua bahagia kan..? buat lagi ramai mendtgkan dosa kat diri dowg adalah.. duk mengata hal kome.. duk memikir yg bukan2 hal kome..!!

JIKA dan JIKA aku tahu hal yg sedemikian adalah SALAH.. SALAH..!!! tentu aja aku cuba elak malah aku dari awal akn cuba larikan diri.. tentu aja bende tu x akn terjadi..

hmm.. amek ibrah dan pengajaran wahai pemonolog sanubari oii..
ko kene biasekan jauh diri ko dri dia..

Dia tinggi darjatnya.. Ko x layak nk jalan sebelah org yg tinggi ilmu.. Org yg penuh thaqafah di dada..org yg memegang tampuk kepimpinan wei.. sedarlah diri ko..!!

Ko buat kan dia lalai malah ko pun terlalai dalam mentarbiah diri ko..
Dek asyi berukhwah..!? atau ayat yg lebih sesuai menggedik..!?? hmm..

Berkasih dengan manusia x kekal lama, didunia cuma.. mungkin juga boley free2 menempah tiket ke neraka....
Berkasih dengan Allah, In shaa Allah tempat dituju paling utama.. ialah Syurga..

Fikir2kan wahai pemonolog sanubari..
Jadi diri ko yg dulu..
Yg semua org yakin dengan diri ko..
Percaya kat ko..
Yg nak approach ko.. (walopun masing2 ade agenda masing2.. sama ade untuk politik, akademik, pointer, kewangan, silat malah untuk berkasih sayang.. yg last ni kelakar.. ;) )

Bukan sekadar akademik, kepimpinan, malah tarbiah diri ko.. 
Duhai Instinct.. hmm.. BAKAL MELARIKAN DIRI atau TERUS MENERUS BIAR DIRI DISAYANGI..??

senyum selalu.. ^_^ ( walao hakikat menderita ingin lari dri semua yg berade di sekeliling.. )