My Blog List

Tuesday 19 February 2013

suluh

pernah x duk fikir seminit dua kalo esok lusa kita mati..
sape nak tolong kita terangkan kubur kita..
Tiada sesiapepun..!! 
kita sendiri yg kene carik jalan bawulah nnty kubur kite terg benderang dilimpahi cahaya  rahmat ilahi..
nnty dalm kubur Al-Quran lah yg bakal jadi "torch light" kita tatkala kite dalam kegelapan sendirian ..
luangkanlah masa kita tuk bce Al-Quran.. walopun satu muka surat..
Sempat lagi ni.. mane tahu sat2 lagi ke Allah cabut nyawa kita.. Allahurabbi..

Senyum Ya.. ^_^

AOK.. :)

Kawan sekarg ni tengah serba salah.. haishh..
camne nak ckp ye,.. bukan kawan nak buang aok dalam hidup kawan..
tapi kawan dah bnyk sngt menyusahkan hidup aok..

Aok lah teman sejati yg pernah kawan ade.. 
Aok sentiase ingtkn kawan semuanya mengenai Agama..
Aok sentiasa menyokong keputusan kawan..
Aok sentiase ambil berat pasal kawan..
Aok sentiase ade di sisi kawan tatkala suka dan duka..
Aok sentiase ade,
tpi sejak kebelakngan ni.. kawan ditimpa ujian yg bertubi2 sehingga menyusahkan malah mengganggu kehidupan Aok..
Aok punye keputusan pun drop sbb selalu tolong  kawan..
Aok tahu x kawan bersalah sngt.. kawan dpt result yg gempak lah jugak.. tapi AOK dapt rendah x mcm kita satu geng.. Aduishh sumenye salah kawan sbb selalu ganggu aok..
jngn risau aok tetap teman kawan sampai bila2.. cume kawan  x nak aok terganggu sbb kawan..
kawan buat hidup aok kelam kabut..

Maaf ye aok.. bukan nak putuskan ukhwah yg telah terbina.. tapi nak pastikan kita same2 berjaya..

#Alhamdulillah pernah mengnali Aok dan singgah didalam hidup aok..  
senyum selalu ya Aok.. ^_^ kawan suke sngt tengok.. Aok comei..

Wednesday 13 February 2013

#Nabiku Dimata Tokoh Legendaris Non Muslim Dunia #

JUNJUNGAN BESAR, NABI MUHAMMAD S.A.W. terbaek di dunia.. ^_^

Michael H. Hart (THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York, 1978)

“Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang sukses baik dalam tataran sekular maupun agama. (hal. 33).

Lamar tine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahwa:“Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya fasilitas yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi tolok ukur kejeniusan seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah modern dengan Muhammad?

Tokoh-tokoh itu membangun pasukan, hukum dan kerajaan saja. Mereka hanyalah menciptakan kekuatan-kekuat­an material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri.”

“Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentara, hukum, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi jutaan manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu; lebih dari itu, ia telah merubah altar-altar pemujaan, sesembahan, agama, pikiran, kepercayaan serta jiwa…
Kesabarannya dalam kemenangan dan ambisinya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-semb­ahyangnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannya dan kemenangan-keme­nangan (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia memiliki kekuatan untuk mengembalikan sebuah dogma. Dogma yang mengajarkan ketunggalan dan kegaiban (immateriality)­ Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan.

Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan kebijakan. Seorang orator, apostle, prajurit, ahli hukum, penakluk ide, pengembali dogma-dogma rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan,,,,Dialah Muhammad.

Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya : adakah orang yang lebih agung dari dia?”

Merpati

jadilah seperti merpati..
senang dirapati..
susah dimiliki..
mudah untuk hidup di dunia itu dinikmati..
x mudah mencari insan yg serasi untuk sama2 ke hakiki..



ALHAMDULILLAH.. aku hampir temui merpati yg ku cari.. 

#senyum ya.. ^_^

Sunday 10 February 2013

Dialek2 Org Pahang


  1. Ampuh - sempat , dinaiki air.
  2. Aok - awak
  3. Awak - kamu
  4. Babir - degil
  5. Bahn - pukul
  6. beraluih/beratus - perngai yg sopan santun atau bebudi bahasa..
  7. Berderau - gotong royong
  8. berlemin - berminyak
  9. Berlengging - x pakai baju, pakai seluar sahaja
  10. Birah - gatal
  11. Borak - berbual2
  12. Buas - lasak
  13. Caduk - spesies tumbuhan halia bara( kampung aku bnyk der, :D )
  14. Cemuk - berbunga..
Ty In shaa Allah aku update lagi yer.. bnyk agi.. 

senyum ya.. Aok2 sekalian.. ^_^ kan dah kuar bahasa sebenar kawan.. :)
Malique feat M. Nasir =  Mantera Beradu.. :)

Gerakkan hati.. Hati gerakkan..
Pandanglah aku.. Aku lah dia..

Kulitku kebal..ku kebal.. ingatku kebal.
Hanya berbual makan angin, kembung perut mual..
Resah dan tidak senang.. hidup x pernah lenang..
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang..

pecah tembelang, peta dah hilang..
Bangau dah pulang, suara sumbang..

Lidahku kaku, x selicin kuku,Teman baikku buku.. 
Bini ku pena, x pernah lena..
Aku suka mengintai pantang ditenung, Berakhir pertelingkahan dalamanpasti belum..

Ikut gerak hati..
Pena melayang, dilihat dua layang pandang..
Taklah segarang, takat meradang..
tanya Abg gedang, apa barang..?
Badan macam badang, main acah belakang parang..

Kuhunuskan keris, musuh ada pistol..
Tradisi harus kekalkan,adaptasi harus betul..
Tujuh baris keramat, tujuh garis penamat..
Baik berpada, biar jahat, asal selamat..
Ramai saudaraku yg baik telah dipijak..

Angin mendung yg berarak..
bawa tangis, bawa resah..
Rebah rindu yg terkumpul..
Semua birat dan kalimah..
Semua janji yg terikat..
lebur disisimu..

Yo..! Ijazah terbaik datangnya dari jalanan..
dari pangalaman bercakar dan bersalaman..
Konflik motivasi, cuba meditasi..
Positif dan benci, jadi inspirasi pagi.. 

panjang sangatlah lagu ni.. aku dah ngantuk ni semalaman belum tido.. ni aku copy kan url video ni korg tengok je lah ye.. 

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=TANwViRrN5w

senyum ya,,.. ^_^





watak2 kartun :D

Persahabatan ibarat watak2 kartun yg pernah wujud dalm hidup kita.. 







saye akan melindungi awak macam NARUTO melindungi SAKURA ,









saye akan sedaya upaya bagi apa yg awak 

nak macam DOREMAN memenuhi permintaan 

NOBITA ,










saye akan tolong awak macam 

WONDERPETS menolong haiwan dalam 

kesusahan ,







saye akan setia dengan awak macam SPONGEBOB setia dengan MR.CRAB ,

and the important 1 kite takkan b'pisah macam CATDOG:)

senyum ya.. ^_^

Lari dari perang..??

Dalam suatu peperangan antara 2 pihak yang memperjuangkan ideologi berbeza, pihak P memperjuangkan ideologi Islam manakala pihak L memperjuangkan ideologi kebangsaan.

Suatu ketika, salah seorang panglima puak P yang dikenali sebagai N telah dilihat berada di khemah panglima puak L sambil memberikan taklimat tentang strategi ketenteraan puak P.

Lalu ahli mesyuarat perang puak P memberikan surat tunjuk sebab atas kelakuan panglima N yang merugikan dan meletakkan puak P dalam situasi perpecahan dan membahayakan strategi ketumbukan tentera. Panglima N mengabaikan arahan pimpinan perang puak P dan leka meneruskan agenda peribadi.
...
Pihak majlis mesyuarat perang puak P tiada pilihan lain selain melucutkan jawatan panglima N agar tidak membahayakan strategi ketenteraan puak P. Panglima N memang sudah menyedari takdirnya begitu.

Tanpa berfikir panjang, panglima N memilih untuk membantu jentera serangan puak L dengan melepaskan peluru2 machine-gun ke arah khemah panglima2 perang puak P dan sesekali dilihat berada di barisan hadapan bersama2 panglima2 perang puak L.

Apabila ditanya oleh sebahagian tentera puak L, adakah beliau telah menyertai puak L dan meninggalkan puak P? Jawabnya ringkas, tidak. Dia masih lagi ahli tentera puak P, tapi dia rasa bertanggungjawab untuk menembak ke arah puak P kerana melihat ada beberapa keputusan panglima puak P bercanggah dengan pandangan peribadinya.

Panglima2 puak P yang masih bersabar, tidak membalas tembakan panglima N melainkan mengembalikan semula pelurunya yg penah ditembak suatu ketika dulu.

Jika dalam peperangan, meninggalkan pasukannya dan menyertai pasukan musuh itu dipanggil apa? Jika saja lari dari peperangan itu merupakan kesalahan besar, apakah membelot terhadap pasukan sendiri itu dipandang sebagai tindakan yang mulia?

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti.

-Ustaz Love-

copy n pasta..
Senyum ya.. ^_^

Aku bukan untukmu duhai teman..

Duhai teman.. : / telah ditakdirkan dirimu bukan untukku..

telah ku memanjatkan doa,
telah ku memohon petunjuk dari sang pencipta..
Namun petunjuk2 yg hadir hanya lah  menunjukkn perpisahan kita..
Aku redha walopun peritnya menusuk-nusuk sang jiwa..
Terluka parah sang jiwa, 
Masih mengharap dan terus mengharap sepenuh rasa yg ada..
Masih memanjatkan segala pengharapan kepada Ya Rabbana..

berpisah kita hanya sementara..
ada jodoh pasti berkekalan hingga ke akhir nyawa..
Aku sentiasa menanti saat itu tiba..!!
ketahuilah kau wahai teman, betapa aku menyayangimu sepenuh jiwa..


Dahulu kau merapatiku..
Dahulu kau menginginkanku..
Meskipun x pernah jawabku..
X berniat kau tinggalkan aku..
Sekarang kau pergi menjauh..
Sekarangkau tinggalkan aku..
Di saat ku mulai mengharapkanmu..
Dan ku mohon maafkan aku..
Aku menyesal telah membuat mu menangis 
dan 
biarkan memilh yg lain..
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu..
Pasti itu terbaik untukmu..
Janganlah lagi kau mengingatku kembali..
Aku bukanlah untukmu..
meski ku memohon dan meminta hatimu..
jangan pernah tinggalkan dirinya
untuk diriku..

Sekarang kau pergi menjauh..
Sekarang kau tinggalkan aku..
Di saat ku mulai mengharapkanmu..
Dan ku mohon maafkan aku..
Aku menyesal telah membuat mu menangis 
dan 
biarkan memilh yg lain..
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu..
Pasti itu terbaik untukmu..
Janganlah lagi kau mengingatku kembali..
Aku bukanlah untukmu..
meski ku memohon dan meminta hatimu..
jangan pernah tinggalkan dirinya
untuk diriku..

Sekarang ni entry saya sumenye mengenai sahabat ya.. 
ayat dah macam ayat kepada kekasih je kan..? huhu
x la cume saya dari dulu hingga lah sekarang ni x pernah ade kawan, teman sehebat dia..

saya x salahkan dia kalo dia nak tingglkan saya..
mungkin dia bosan dengan perangai saya yg asyik nak main2 je dalam hidup, 
everything saya amek mudah, every moment saya asyik dengan lawak2 saya..
entahlah saya x nak sangka yg bukan2..
 mungkin ade kata2 dan tingkah saya yg buat dye terasa.. 
yg saya mampu cakap saya mintak sangat ampun sorry..
x terlintas pun nak buat kau menangis, der..
hmm.. mmg saya terlalu sedih dan terluka kerana kehilangan seorng sahabat yg setia.
saya cume telah terbiasa bersama dengan dia..
kami ibarat kembar. 
cume muke dye macho sikit, muke saya ni macho banyak.. huhu..
Ingat sentiasa update doa kite kat Allah..
In shaa Allah, Allah bantu.. sentiasa tetapkan pengharapan walobagaimana berbolak balik pun dalam hati kita ni.. 

Senyum ya.. ^_^

Friday 8 February 2013


♡」♡」♡」''_''

「 Ukirlah senyuman paling manis ♡」
「 Kerana selain SEDEKAH, ♡」
「 Senyuman itu ibarat LUKISAN, ♡」
「 Ia tidak menyakitkan, ♡」
「 Sebaliknya ia PENAWAR pada ♡」
「 hati yang sedang sakit.. ♡」


senyum ya.. ^_^

Titian Siratul Mustaqim

❥ Pernahkah kita membayangkan menyeberangi sebuah Jembatan yang begitu kecil dan tipis seukuran sehelai rambut dibelah tujuh??

❥ Begitulah kira-kira kalau kita mengumpamakan Jembatan Siratul Mustaqim kelak..

❥ Sebuah jambatan yang akan menghubungkan Surga dan Neraka..

❥ Rasulullah Shalallahu'Alaihi Wasallam mengumpamakan bahwa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang." (H.R. Ahmad)

❥ Lalu seperti apakah kelak umat manusia dapat melintasinya??

❥ Perjalanan umat manusia di atas Sirathal Mustaqim dapat ditempuh dengan bermacam-macam keadaan..

❥ Hal itu tercermin dari bagaimana mereka menghabiskan semua waktunya saat hidup di dunia..

❥ Berikut adalah macam-macam golongan manusia yang melintasinya :

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya secepat kilat..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya seperti tiupan angin..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya seperti burung terbang..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya seperti kecepatan kuda lomba..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya secepat lelaki perkasa..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya secepat binatang peliharaan..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya dalam jangka waktu sehari semalam..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya dalam waktu selama satu bulan..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya selama bertahun-tahun..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya selama 25 ribu tahun..

❥ Ada golongan yang dapat melintasinya dengan tertatih-tatih..

❥ Ada golongan yang langsung terjatuh ke jurang api Neraka..

❥ Rasulullah Shalallahu'Alaihi Wasallam bersabda:Dan diletakkan sebuah jembatan diatas Neraka Jahannam, lalu aku dan ummatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya..

❥ Para Rasul berdo'a pada hari itu : 
❥ YA ALLAH,selamatkan, Selamatkan!!

❥ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pohon Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pohon Sa'dan??

❥ Para sahabat menjawab,"Pernah, Ya Rasulullah."

❥ Lalu Rasulullah Shalallahu'Alaihi Wasallam melanjutkan,"Sesungguhnya pengait itu seperti duri pohon Sa'dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya..

❥ Maka banyak ummat manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia." (H.R. Muslim)

❥ Suasana pada saat itu sangatlah mengerikan..

❥ Suara teriakan, Raungan, Jeritan meminta tolong, Tangisan, dan Ketakutan terdengar dari pelbagai arah..

❥ Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirath yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya..

❥ Tidak henti-henti Rasulullah Shalallahu'Alaihi Wasallam dan Nabi-Nabi yang lain termasuk juga malaikat berdo'a untuk keselamatan manusia :

❥ YA ALLAH,Selamatkan, selamatkan!!






 Ia (jambatan shirath) adalah sebuah jalan yang sangat licin. Dan kaki sulit sekali berdiri di atasnya.. (H.R. Muslim)

 Bagaimanapun, berhasil tidaknya kita semua saat melintasi Sirath di akhirat ini adalah wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. 



Buah dari segala apa yang telah kita perbuat selama hidup di dunia..

 Barangsiapa yang selalu memilih selalu berada di jalan ALLAH dan senantiasa bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirath di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke Surga, Insya ALLAH..


 Akan tetapi sebaliknya..


 Jika kita jalani hidup penuh dengan kemaksiatan, maka bersiap-siaplah untuk diterkam api Neraka yang berkobar-kobar panas membara..


 Na'udzu billahi min dzalik..


 Rabbana aatina fiddun ya hasanah,Wafil aakhirati hasanah, Waqinaa'adzaabannar..


 Marilah sama-sama bertaubat sebelum terlambat,Sebelum ajal datang menjemput..


 Semoga BERMANFAAT. 

senyum ya.. ^_^

WANITA MUSLIMAH





Seorang PEMUDA INGGRIS bertanya kepada SEORANG PEMUDA MUSLIM...

PEMUDA INGGRIS : Kenapa dalam islam wanita tidak boleh berjabat tangan dengan laki-laki?
PEMUDA MUSLIM : Bisakah anda berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

PEMUDA INGGRIS : Oh tentu tidak bisa! Cuma orang-orang tertentu saja yang bisa berjabat tangan dengan ratu.

PEMUDA ISLAM : (Tersenyum)... wanita-wanita dari kaum muslim adalah para ratu, dan ratu tidak boleh berjabat tangan dengan laki-laki sembarangan yang bukan mukhrim.

PEMUDA INGGRIS : Kenapa wanita muslim menutupi tubuh dan rambut mereka (berjilbab)?

PEMUDA MUSLIM tersenyum dan menunjukkan dua buah permen. Ia membuka bungkus permen yang pertama, dan membiarkan permen yang kedua tertutup bungkusnya. Tiba-tiba dia melemparkan kedua permen itu ke lantai yang sangat kotor.

PEMUDA MUSLIM : Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu permen, permen mana yang akan Anda pilih?

PEMUDA INGGRIS : Tentu saja yang masih tertutup dengan bungkusnya, karena isinya tetap bersih dan tidak kotor sama sekali.

PEMUDA MUSLIM : Begitulah cara kami orang islam memperlakukan dan melihat wanita dari golongan kami. Mereka menggunakan jilbab untuk menjaga kesucian mereka. Mereka hanya boleh menampakkan kecantikan dan keindahannya hanya untuk suami mereka.

PEMUDA INGGRIS : Sungguh luar biasa agama kalian.

Sebaik-baiknya wanita adalah wanita yang solehah..



kelip2@firefly

gambo ni eden jumpe kat fb..
entah ceruk kampung mane kawan eden pergi naek bot bagai..
sempat pulak dye snap pic kelip2 ni yg kecik mcm microchip je saiz dye..
ape2 pun ciptaan Allah sumenye hebat2 kan..
Bayangkan serangga sekecik ni pun bole mengeluarkan cahaya..
>>Allah Maha Pencipta<<
ALHAMDULILLAH
..berpeluang melihat walopun dalam gambo je..
IN SHAA ALLAH
jika diberi kesempatan eden pun nak pergi mencari dan melihat kekuasaan Allah S.W.T yg ade di muka bumi ni.. 
BACKPACKING ONE DAY IN SHAA ALLAH,
LOOKING ALL CREATED BY ALLAH

senyum ya.. ^_^

Cinta..

benar kata org, kadangkala cinta sejati hanyalah di depan mata, cume kita yang selalu alpa dengan kehadirannya..

Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..
Bila dia pergi, pergilah kejari selagi merasa dia bererti..
Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi.


Aku ingin mencintaimu kerana AGAMAMU..
Aku ingin menyayangimu kerana AKHLAKMU..
Aku ingin bersamamu kerana ALLAH.. 
Maka, terimalah aku seadanya.. Kekuranganku akan menjadi pelengkapmu..


Kerana hidup kita bukan untuk bercerita tentang cinta sahaja, bukan untuk mengeluh tentang cinta saja.. bukan mengharap pada cinta sesama insan sahaja, Terlalu asyik dengan cinta, hinggakan kita terlalu taksub akan cinta, Kita lupa dan terus alpa apa sebenarnya yang kita perlukan, Apa yang menjadi pegangan kita, siapa pencipta cinta kita.. :/


Saya rindu awak , tapi saya tak nak cakap ikut FB atau TWITTER , sebab saya tahu rindu itu hanya sekejap . Saya nak beritahu pada ALLAH melalui DOA , sampaikan kalam cinta saya melalui AL QURAN , InsyaALLAH , rindu itu akan terlerai dalam ikatan yang SAH . ^_^


#semoga Allah mengurniakan jodoh yg terbaik untuk diri saya ni..
saya ni hanyalah insan biase yg banyk melakukn kekhilafan sepanjang saya hidup di muka bumi Allah ni..
Selagi saya belum mampu memberikan sepenuh CINTA saya kepada PEMILIK NYAWA saya ni, selagi tu lah saya akn simpan cinta kepada insanITU rapi2 dalam jiwa rga ni..#
ceyy pagi2 ni lah ayat saya nk jiwang kan.. hilang kemchoan saya.. senyum selalu k.. ^_^


Ibu..
Ibu aku biase2 je..
Ibu aku cantek..
Ibu aku pandai masak..
Ibu aku pandai jahit langsir..
Ibu aku pandai menggubah bunga..
Ibu aku pandai segala2nya..
Sebab dia IBU.. 
Bila seseorng dah jadi IBU.. segala2nya akan pandai sebb IBU sentiasa nak kan yg terbaik untuk anak2 dia.
IBU..IBUU.. ENGKAULAH RATU HATIKUU..
dah macam iklan susu nestle dah.. hehe.. Ape2 pun Ibu anakmu yg macho ni sentiasa menyayangi ibuu.. ^_^

Kehancuran Manusia

"Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara:
1) Sifat takabbur.
2) Sifat tamak.
3) Sifat dengki.
Ada pun sifat takabbur, ia menghancurkan agama dan kerananyalah Iblis dilaknat oleh Allah. 

Sifat tamak pun adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah Nabi Adam dikeluarkan dari syurga. 
Manakala sifat dengki adalah kepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil."

-Demikian kata-kata hikmah dan himpunan nasihat Hassan bin Ali r.a yg terakam di dlm sejarah ketinggian dan budinya. 

(Kitab 'Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi, m.s 30)-

Aku pun tengah mencube menghilangkan 3 perkara ni.. 

susah kalo kita dah biasa ada sifat ni.. senang kalo kita dari awal dah buang sifat ni..

so sape yg belum ade.. ini nasihat aku der..
Lebih baik mencegah dari merawat.. ape2 pun.. dun worry aku pun masih merawat.. Allah sentiasa mendengar taubat hamba2 Nya.. Sesesungguhnya Allah Maha Pengasih.. :D

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'

"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."

"Kenapa pulak?"

"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."

Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?


Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 


Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"

Wallahu Ta'ala A'lam

- Artikel iluvislam.com

Penyampai Berita

"Mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepada orang yang mendengarkan kata-kataku dan melaksanakannya sebagaimana didengarnya. Dan pada umumnya penyampai berita itu akan lebih menghayati daripada pendengarnya." 
(H.R.Ibnu Hibban,Abu Daud, Ibnu Majah dan Baihaqi; Hadith Hasan)

ujian

Ketika kita dilanda ujian dan dugaan jangan mudah menyerah kalah. Berdoalah dengan hati yang teguh dan penuh pengharapan. Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam bersabda; "Apabila seseorang di antara kamu berdoa maka hendaklah dia berdoa dengan mengucapkan "Ya ALLAH! jika Engkau sudi maka berilah aku, sesungguhnya ALLAH tidak ada yang memaksanya" (HR.Muslim 4837)

saya pun anak peniaga tepi jalan... ^^ Alhamdulillah saya telah berjaya menjejakkn kaki ke menara gading.. In shaa Allah saya nak kumpul duit bnyk2 nak bagi kesenangn kat parents saya.. ^_^
Seorang graduan universiti, Syafiza Mohd Sakri, 25, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak malu menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan Lebuhraya Tanjung Pari Weng, sejak tiga bulan lalu.

Syafiza, yang berasal dari Kampung Haji Yunus, nekad untuk menceburi bidang perniagaan yang diusahakannya, walaupun hanya berniaga kecil-kecilan, dia mampu meraih pendapatan bersih RM250.00 sehari.

Menurutnya, dia berniaga setelah lima kali gagal temuduga untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, namun dia tidak pernah patah semangat untuk berjaya.

“Insya-Allah, sekiranya diizinkan Tuhan, saya ingin memperbesarkan lagi perniagaan ini dan memperkenalkan lebih banyak makanan.

“Kini, saya menjalankan perniagaan makanan seperti bihun sup, laksa, nasi lemak dan rojak setiap hari kecuali Jumaat, bermula jam 7 pagi hingga 6 petang,” katanya yang merupakan anak ketiga dari enam adik beradik ini.

Syafiza berkata, sebelum ini dia pernah bekerja di Airport Kargo sebagai kerani kewangan tetapi terpaksa berhenti kerana ibunya, Zawiyah Ahmad jatuh sakit dan meninggal dunia Mei lalu.

Menurutnya, walaupun tidak ada pengalaman berniaga, dia nekad untuk menjalankan perniagaan tersebut setelah mendapat sokongan daripada keluarganya.

“Kini, saya dibantu oleh adik, Norshafira, 20, dan abang ipar, Wan Azman Abdul Ghani, 32, untuk menjalankan perniagaan ini.

“Saya berasa puas dengan apa yang dilakukan. Saya tahu, tiada siapa yang akan mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Sebab itu saya kuatkan semangat untuk berniaga seterusnya dapat membantu ahli keluarga,” katanya.

Syafiza berkata, dia tidak pernah terasa sekiranya ada yang mengatakan graduan universiti hanya mampu membuka gerai makanan di tepi jalan.

“Kenapa kita perlu malu untuk berniaga di tepi jalan. Yang penting usaha dan pekerjaan yang dilakukan. Apa gunanya pendapatan kita berpuluh ribu ringgit sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu haram.

Kemungkinan saya akan menghadiri kursus pengendalian makanan untuk memantapkan lagi perniagaan. Insya-Allah, saya akan kembangkan lagi perniagaan ini dan ingin membuktikan peniaga di tepi jalan juga mampu berjaya,” katanya.
checklist hidup wat mase skunk ni:
1.teguhkan iman..(I belive and trust in Allah no matter what happen Allah YA Bariq, Allah yg Maha Mengaturkan)
2.Ibadah bnyk2.. (pengisian rohani)
3.recover tubuh yg semakin lemah..(pengisian fizikal@mkn bnyk2)
4.jaga hati org sekeliling..(bnyk wat dosa melalui kta2 dan perbuatan)
5.selesaikan satu demi satau masalh yg dtg..(pengisian mental)
6.tawakal.. 

~yeayy In shaa Allah saya BOLEH.
chaiyok2 . 

>>>>>wa la khaulawala quwwata illa billahil"aliyyul 'azim
sesungguhnya aq tetaplah insan terhina, hanya Tuhan yg Maha Sempurna..<<<
~~~~~Allah Ya Qadir Ya MUqtadir, Allah Yg MAha Berkehendak Dan Maha Berkehendak.. ~~~~

Duhai Ukhti.. :D

duhai ukhti..
betapa aku bangga membaca setiap coretanmu..
duhai ukhti..
betapa aku sayu membaca setiap ayat2 mu..
duhai ukhti..
betapa aku cemburukan keistimewaan yg Allah berikn padamu..
duhai ukhti..
engkau dikurniakn kehidupan yg bole dikatakn sempurna sebgai seorg manusia biasa..
duhai ukhti..
mana mungkin aku menjadi sepertimu..
duhai ukhti..
engkau terlalu hebat untuk berganding denganku..
duhai ukhti..
engkau pandai menjaga bicaramu..
duhai ukhti..
engkau pandai menjaga tingkahmu..
duhai ukhti..
engkau telah mnjadi seorg dai'e yg berjaya di mataku..
duhai ukhti..
semoga engkau istiqamah dalam perjuangnmu mengakkn syariat Islam..
duhai ukhti..
doaku sentiasa mengiringimu..
duhai ukhti..
semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.

Wednesday 6 February 2013

STORY -- BAD HABITS

"A wealthy man requested an old scholar to wean his son away from his bad habits. The scholar took the youth for a stroll through a garden. Stopping suddenly he asked the boy to pull out a tiny plant growing there.

The youth held the plant between his thumb and forefinger and pulled it out. The old man then asked him to pull out a slightly bigger plant. The youth pulled hard and the plant came out, roots and all. “Now pull out that one,” said the old man pointing to a bush. The boy had to use all his strength to pull it out.

“Now take this one out,” said the old man, indicating a tree. The youth grasped the trunk and tried to pull it out. But it would not budge. “It’s impossible,” said the boy, panting with the effort.

“So it is with bad habits,” said the sage. “When they are new, it is easy to pull them out, but when they take hold they become very difficult to be uprooted.”

The session with the old man changed the boy’s life.

Moral: Don’t wait for bad habits to grow in you, drop them while you have control over them else they will get control you."

Cinta Si A.B.C dan D

agak2 la kan ape perasaan seseorg insan A apabila org yg sudah dianggap macm keluarga sendiri, insan B ade menyimpan perasaan kat insan A tu.. 
DAN pada masa tu kawan insan A, insan C pun dengan bersungguh2nya meyakinkan insan A bahawa cinta dari insan B tulus ikhlas...

BUKAN insan A x sudi tapi terlalu terikat dengan komitmen lain..

maka didiamkan sahaja bicara hatinya agar tiada yg terluka.. 
maka dibisukan sahaja suara raganya agar tiada yg terasa..

TAPI, setelah beberpa purnama Allah memberikan keadaan yg sama malah sejibik kepada insan C, kawan insan A..

ORANG yg sudah dianggap sebagai ahli keluarga,insan D menyuarakan hasrat hatinya kepada insan C tapi dalam keadaan yg tersirat dan tersurat..
KEPUTUSAN insan C ialah menolak insan D,
BUKAN insan C x sudi tapi disebbkan insan C dah anggap insan D macm ahli keluarga sendiri jadi pelik perasaannya.. dan insan C merasai pelik kenape bende ni sume bley terjadi.. hubungan mereka sudah seperti adik beradik..

#Sebenarnya insan A pernah berdoa kepada Allah agar ade insan lain yg dapt merasai perasaan dan keadaan sepertinya.. dan akhirnya Allah memakbulkan doa Insan A dan perasaan dan keadaan yg serupa berlaku kepada kawannya sendiri.. kawan yg pernah meyakinkan cinta dari seseorang yg sudah dianggap sebagai keluarga itu..
MUNGKIN insan C ade alasan tersndiri mengapa dye menolak
insan D, tapi antara sbb utama ialah sukar untuk kita memberi cinta dan sukar memaksa cinta dipupuk atas dasar simpati ataupun belas kasihan lebih2 lagi kepadaorg yg sudah wujudnya perasaan sayang tapi sayang sebagai seorg ahli keluarga..

saat2 awal masuk U

hmm.. mengingati balek time awal2 sebeum masuk U dulu.. huhu..


  1.  xtido malam wei.. excited nye pasal.. aku je dalam kuarga dpr belajar luar negeri.. haha..  LUAR NEGERI je pun.. brg sume aku siap pack awal2 lagi.. kuih raya berbalang2 x terkata lah kan..mak aku tau anak dye ni penjimat..!! agi 1 bawu dua minggu raya.. time puasa penat r jugak aku kene jaga dpur kuih.. ye lah.. aku je yg pandai control macho.. ehh.. silap2 control api... hehe.. 
  2. pagi kul 4 dah bertolak.. semangat berbaju kebangsaan dan juga fail2 yg berisi segala macam sijil, segala macam borg segala mcm maklumat aku pegang erat.(semangat nak ke menara gading :-]) berpandukan pelbagai maklumat perjalann dari org sekeliling.. paklong, pakngah, pakcik din imam surau taman aku pun ade gak.. macam2 jalan yg dowg ckp pendek dan cepat tuk sampai ke U aku tu.. aku yg x tau pape hanya menjadi pendengar setia dan penghafal setiap bait2 ayat yg dowg ckp,penting untuk elakkn kitowg sesat nnty.. 
  3. sepanjag perjalnn aku x tido..tengok alam ciptaan Allah S.W.T.. huhu (sebenanyer debar, berdoa dapt rumate2 yg baek, berdoa dapt kawan2 yg baek, berdoa agar x terbabas jauh dalam kehidupan di U nanty, paling penting dpt tingkat yg rendah2 x larat nak naek )                                              segala mcm bende berputar ligat dalam kepale aku yg jendul ni sepanjang perjalann tu.. kelakar giler..
  4. singgah solat subuh kat masjid kat segamat x silap aku then singgah rehat kat kedai kopi tepi jalan sbb mak aku  bangun tido lapar.. huhu.. ayah duk berbual2 ngan pakcik kedai tu bwu kitowg tahu situ sebnrnye kawsan owg asli.. kalo masuk kt dalam lagi, jumpe perumahan owg asli, ade sekolah sume.. kerajaan dah siap buatkan tpi owg2 asli tu x duk pun situ dowg pindah masuk utan blek.. (sempat aku menambah pengthuan am aku walopun singgah minum kopi je.. tu lah owg kata luas perjalann luas pengalaman..)
  5. sampai dalm pukul 8.15 pagi x silap aku.. sampai je terus ayah parking kereta kat depan bangunn besar, time tu kete dah nak full gak lah.. aku turun smbil memperkemaskan baju kebangsaan aku sambil menggenggam erat fail aku.. sampai depan satu bngunn ni.. ibu bapa diminta tunggu luar, aku pun melangkah masuk sambil senyuman terukir rapi.. disambut pulak dengan kakak ayu2, cun2.. abg2 hensem..         "dik jalan pergi duk kat kerusi menunggu tu ye."      sambil duduk tu smpt jugak aku berkenalan dengan sowg kawan ni.. (pastu jadi kawan silat aku gak kat U ni).. berbual lah tanye soklan2 seperti sampai kol bpe.. dari mane.. course ape..? ceyy nak crik kawan lah katakan.. laju je mulut aku menuturkan kata..
  6. time aku tengah melangkah nak menuju ke kaunter pengambilan kunci bilik, tetibe ade announcemnet name aku dipanggil.. mengatakan aku dah terslah dftr. septutnye aku daftar di kampus  satu lagi.. aku yg tercanguk sowg2 kat dalm dewan besar tu..
  7. aku terus je amek kunci dan brg2 orientasi laen dan keluar sambil bermonolog, "aku dah siap daftar dah, camne bley ckp aku salah daftar..?"                 belom sampai kat luar pak ngan mak aku dah tunggu dpan pintu kompleks tu..                                                     pak ngan mak aku pun tanye, "course mechanical kan..?, dowg ckp course tu kat kampus satu lagi "                                                               aku pun cakp kat pak ngan mak aku.. "owg course chemical lah, huhu.. ade 'cal' kat belakng tu, tu yg salah dengar..huhu..".. 
  8. pak ngan mak aku tersenyum, kitowg pun terus masuk kete, carik blok aku dan check in bilik.. Alhamdulillah aku dapt bilik tingkat rendah, (termakbul doa aku dalam kete sepanjang nak mai U.. :] Alhamdulillah) masuk brg2, siap susun dalm almari, psg cadar sume, smpt jumpe dua org rumate2 aku, kenal2 kejap, then mak ngan ayah ajak jalan2 kat bandar.. ape lagi cuci mata lagi lah.. :p
Ya Allah.....! it hurts when I have to let go the things I really love..

it hurts when I have to lose something that I really want..

it hurts, Allah…it hurts..

but believe me, Ya Allah..

I feel hurt most when I know I disobey You..

I realize that I can never live without Your mercy..

I realize that I can never smile without the concious that You are pleased with me..

I realize that I can never lead my life if You are unhappy with me..

I am sorry..

I am really really sorry..

For I have neglected You for long time..

For I have loved others more than I should love You..

For I have prioritized others more than I should..

Even then…

You still give me food to eat.. when I am not supposed to eat what I shouldn't eat

You still give me eyes to see.. when I am not supposed to see what I shouldn't see

You still give me ears to hear.. when I am not supposed to hear what I shouldn't hear

You still give me skin to touch.. when I am not supposed to touch what I shouldn't touch

You still give the air I'm breathing now.. when I have done so much wrong

How can someone not fall for You??

You are so Generous Ya Allah..

You are so kind Ya Allah..

You are great Ya Allah..

but I forget..

I'm so occupied with this world..

I'm so busy with my life..

I can never forgive myself if this were to happen again..

how can I do that to You Allah…I'm such an arrogant slave..

I'm not thankful to You…

I feel embarrased Ya Allah..I'm embarrased…Ya Allah!

but please Ya Allah…

soon ONE DAY I will be meeting You YA ALLAH!

FORGIVE me on that day YA ALLAH

HAVE MERCY on that day YA ALLAH

SHOWER YOUR BLESSINGS on that day YA ALLAH

THAT is my only WISH...YA ALLAH!

Hadis

Hmm.. hari ni kite nak citer pasal hadis.. aritu time kuliah solat dengar, mmg bersyukur giler2 dpt hadiri kuliah tu.. barulah kite tahu jenis2 hadis ni.. ye lah kite kan bawu nak belajar mendalami hadis2 dari junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..  ^_^ selama ni duk sibuk mendalami formula2, definition2 saintifik dari saintis2 barat..   
PENTING ye kita sebagai umat Islam mengetahui jenis2 hadis yg ada agar tidak tersalah menggunakan sebagai hujah atau mengaplikasikan hadis2 yg palsu dalam kehidupan seharian kita.. 
jom same2 belajar atau kenal jenis2 hadis.. 


1.Hadis Sahih: Hadis yang diyakini bahawa ia benar-benar bersumberkan daripada Rasulullah SAW mengikut pengkajian para ulama hadis. Untuk mencapai tahap Sahih, sesuatu hadis perlu melengkapi 3 syarat utama iaitu: sanadnya bersambung (periwayatnya bertemu dengan periwayat yang sebelumnya), periwayat-periwayatnya daripada kalangan mereka yang dipercayai dan tidak ada kecacatan lain yang tersembunyi dan diketahui oleh para pengkaji.

2. Hadis Hasan: Hadis yang juga diyakini bahawa ia benar-benar bersumberkan daripada Rasulullah SAW tetapi kedudukannya tidak setinggi hadis sahih. Hadis hasan berbeza dengan hadis sahih dari segi ketelitian para periwayatnya. Walaupun hadis hasan tidak sama kedudukannya dengan hadis sahih, hadis hasan tetap menjadi hujah dan dalil dalam Islam.

3.Hadis Dhaif: Hadis yang tidak melengkapi syarat-syarat hadis sahih lalu menjadikannya tidak dapat dipastikan sama ada hadis ini benar-benar datang dari Nabi SAW atau tidak. Hadis dhaif tidak dijadikan sumber dalam menentukan hukum-hakam dan aqidah. Terdapat pendapat sebahagian ulama yang menyatakan boleh beramal dengan hadis dhaif berkaitan fadhilat amalan tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Terdapat juga sebahagian ulama lain yang menyatakan bahawa hanya hadis sahih dan hasan yang boleh diamalkan.

4.Sangat Dhaif (Dhaif Jiddan): Hadis yang lebih rendah kedudukannya daripada hadis dhaif berdasarkan kecacatan yang ada pada sanad atau matan. Kecacatan ini ditentukan oleh pengkajian para ulama. Hadis dhaif jiddan tidak boleh dijadikan hujah serta tidak boleh diamalkan. Inilah pendapat yang disepakati oleh para ulama hadis.

5.Hadis Palsu (Maudhu’): Hadis yang telah dibuktikan bahawa ia bukan bersumberkan daripada Nabi SAW. Hadis palsu sememangnya bukan hadis. Kita tidak melihat kepada maksud hadis palsu tersebut sama ada baik atau tidak tetapi kita melihat pada dosa menyatakan sesuatu itu sebagai hadis sedangkan ia bukan hadis. 

Sabda Nabi SAW :Maksudnya: Sesiapa yang berbohong menggunakan namaku maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka ~ Hadis Sahih riwayat Al Bukhari (hadis no. 1291) dan Muslim ( hadis no. 4).