My Blog List

Wednesday 6 February 2013

Hadis

Hmm.. hari ni kite nak citer pasal hadis.. aritu time kuliah solat dengar, mmg bersyukur giler2 dpt hadiri kuliah tu.. barulah kite tahu jenis2 hadis ni.. ye lah kite kan bawu nak belajar mendalami hadis2 dari junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..  ^_^ selama ni duk sibuk mendalami formula2, definition2 saintifik dari saintis2 barat..   
PENTING ye kita sebagai umat Islam mengetahui jenis2 hadis yg ada agar tidak tersalah menggunakan sebagai hujah atau mengaplikasikan hadis2 yg palsu dalam kehidupan seharian kita.. 
jom same2 belajar atau kenal jenis2 hadis.. 


1.Hadis Sahih: Hadis yang diyakini bahawa ia benar-benar bersumberkan daripada Rasulullah SAW mengikut pengkajian para ulama hadis. Untuk mencapai tahap Sahih, sesuatu hadis perlu melengkapi 3 syarat utama iaitu: sanadnya bersambung (periwayatnya bertemu dengan periwayat yang sebelumnya), periwayat-periwayatnya daripada kalangan mereka yang dipercayai dan tidak ada kecacatan lain yang tersembunyi dan diketahui oleh para pengkaji.

2. Hadis Hasan: Hadis yang juga diyakini bahawa ia benar-benar bersumberkan daripada Rasulullah SAW tetapi kedudukannya tidak setinggi hadis sahih. Hadis hasan berbeza dengan hadis sahih dari segi ketelitian para periwayatnya. Walaupun hadis hasan tidak sama kedudukannya dengan hadis sahih, hadis hasan tetap menjadi hujah dan dalil dalam Islam.

3.Hadis Dhaif: Hadis yang tidak melengkapi syarat-syarat hadis sahih lalu menjadikannya tidak dapat dipastikan sama ada hadis ini benar-benar datang dari Nabi SAW atau tidak. Hadis dhaif tidak dijadikan sumber dalam menentukan hukum-hakam dan aqidah. Terdapat pendapat sebahagian ulama yang menyatakan boleh beramal dengan hadis dhaif berkaitan fadhilat amalan tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Terdapat juga sebahagian ulama lain yang menyatakan bahawa hanya hadis sahih dan hasan yang boleh diamalkan.

4.Sangat Dhaif (Dhaif Jiddan): Hadis yang lebih rendah kedudukannya daripada hadis dhaif berdasarkan kecacatan yang ada pada sanad atau matan. Kecacatan ini ditentukan oleh pengkajian para ulama. Hadis dhaif jiddan tidak boleh dijadikan hujah serta tidak boleh diamalkan. Inilah pendapat yang disepakati oleh para ulama hadis.

5.Hadis Palsu (Maudhu’): Hadis yang telah dibuktikan bahawa ia bukan bersumberkan daripada Nabi SAW. Hadis palsu sememangnya bukan hadis. Kita tidak melihat kepada maksud hadis palsu tersebut sama ada baik atau tidak tetapi kita melihat pada dosa menyatakan sesuatu itu sebagai hadis sedangkan ia bukan hadis. 

Sabda Nabi SAW :Maksudnya: Sesiapa yang berbohong menggunakan namaku maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka ~ Hadis Sahih riwayat Al Bukhari (hadis no. 1291) dan Muslim ( hadis no. 4).

No comments:

Post a Comment