My Blog List

Monday 28 January 2013

::Ibrah Siti Hajar:: (PELAJAR Ftmk UTeM)

Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir.
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434.
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.

Antara perkongsian dari status update Nadia Mujahidah:

~> "Berita indah dr 4 penggali kubur, kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang.."
(*mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidupnya)

~>1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..
2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan
tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk
menyalahkan Doktor dsb.
Ketika mana jenazah hendak disolatkan, Hujan rahmat turun
seketika.
3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia xsempat nak dakwah
banyak2 kat semua.
(*hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah, dan doa anak2 yang soleh)

~> Dan siti hajar minta disampaikan kepada kawan2... Yang dia minta maaf... Atas segala salah silapnya.. Tlg panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia? Maknya kata sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita.
(“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)

~> Ibu beliau memohon maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub untuk membantu beliau pulih dari pembedahan. Alhamdulillah sekarang tiub2 tersebut sudah dicabut, dan ibunya boleh membantu beliau menutup bahagian auratnya.
(*apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)

~> "Tentang kaki yg patah, saya dah tengok x ray. Patah berlaku pada kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi. Menurut doktor, pada usia muda spt hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah. Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah meringankan deritanya."
(*bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)

"Medium utama penjagaan/perawatan mck terhadap siti hajar ialah penggunaan air zam zam.
(*“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)

'Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. " (*ada tiga doa yang di terima Allah secara langsung iaitu doa orang teraniaya,doa orang yang bermusafir dan doa orang tua(ibu dan Bapa) terhadap anaknya)

#mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti perkembangannya seperti telah mengenalinya. Al-fatihah

Photo: ::Ibrah Siti Hajar:: (PELAJAR Ftmk UTeM)

                                                           “beratnya dugaan Allah ni , mak..” 
                                               “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya". 
(SEMOGA ARWAH DITMPTKN DKLNGN ORG-ORG YG BERIMAN, AAMIIN YA RABBAL ALAMIN)

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 Hijrah :)

Assalamualaikum...

Antara petikan yang dipetik daripada khutbah terakhir Nabi SAW:

"....Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahaw
asanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wallahualam...

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 Hijrah :)

Salam Maulidur Rasul ^_^

Salam maulidur rasul walopun dah beberape hari berlalu.. ^_^ 
Masih saya dapat rasakan kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan tatkala berada di dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Azim Melaka beberapa hari yg lalu.. 
Mengagung-agungkan, Memuji-muji, Melafaz-lafazkan, nama-nama dan kelebihan-kelebihan junjungan besar kita 
NABI MUHAMMAD S.A.W..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ   Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا   Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ   Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا   Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ   Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ   Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ   Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي   Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ   Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد   Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ   Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ   Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ   Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد   Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ   Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد   Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ   Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ   Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ   Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ   Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ   Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى   Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ   Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا   Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ   Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد   Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ   Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد   Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ   Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ   Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya..

Semoga dengan membaca post ni kita semua akan mendpat berkah dan rahmat dari Allah S.W.T. kerana 
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”

<3 YA RASULULLAH S.A.W  <3
betapa aku cintakan mu..
betapa aku kasih akan mu..
betapa besar pengorbananmu..
betapa hebat pemerintahanmu..

betapa jujurnya dirimu..
betapa romantiknya dirimu..
betapa sucinya hatimu..
betapa kuatnya dirimu..
betapa ikhlasnya dirimu..

betapa sempurnanya dirimu..
x terucap dengan kata-kataku..
   
<3 YA RASULULLAH S.A.W <3 
betapa aku rindukan untuk menatap wajahmu..
betapa aku ingin berjuang bersama2 denganmu
betapa aku ingin mendekatimu selalu..

QALBUN

  • Iman dipahat pada hati bernama QALBUN, iaitu sesuatu yang sifatnya berbolak balik. 
  • Siang beriman, malam kufur, pagi memperjuangan kebenaran, malam menjadi juara kebatilan. 
  • Hidup memperjuangkan kebaikan, mati di atas jalan kejahatan. Allahurabbi T_T..
  • Moga kami istiqamah dalam bermujahadah kpdMu, wahai Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dalam keredhaanMu selalu..

--> “Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik.”
[29 : 69]

IKHLAS

time x de blog semangat nak menulis.. Bile dah ade ni ase cam kaku je.. huhu..

xpe lah.. bnyk sebab musabab aku x mengupdate blog.. (In shaa Allah t len kali aku citer ye)..
 Busy.. Hmm bleylah sikit tolong mak meniaga cuti2 sem ni.. tolong2 kemas rumah, masak... hah ni ade citer pasal memasak2 ni dan ade kaitan dengan sifat yg WAJIB kita semua pupuk.. copy n paste dari sowg minah ni.. kwan rapat aku.. hehe.. ^_~   asenye kalo aku yg masak maen campak2 je.. tapi yg pelik nye bley jadi.. hehe ayat nak ckp tangan aku ni tangan mchef lah.. haha

IKHLAS
Bila kita IKHLAS dalam melakukan sesuatu perkara, 
In shaa Allah perkara yg kita lakukan akn sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.Tdan org sekeliling akan senang dengan kita.. ^_^

#Alhamdulillah, walopun sambal goreng ikan bilis yg saya masak sedikit hangit dan terlebey garam.. tapi mak,ayah dan adek2 makan dengan penuh selera..terharu rasanya hati ni..
(seb bek la bihun tumis air sedap, :p boley wat backup sambal) hehe..
x sia2 berpeluh2 menghabiskan masa kat dapur.. 
(duk mengelamun je tu yg hangit sambal tu.. ^_^)

AMARAN..!!! kalo memasak fokus.. ingat belajar atau kerja je kene fokus.. masak pun kene tau.. :)

IKHLAS kan hati, sume menjadi, walopun hakikatnye x jadi.. hehe

Wednesday 9 January 2013

PERMULAAN BLOG MONOLOGKU

Salam ukhuwwah perkenalan, dan juga Salam ukhwah fillah(salam persahabatan kerana Allah) ..  :)
Hamba insan yang daif ini memulakan langkah pembuka tirai kehidupan hamba yang baru pada tahun 2013 ini dengan mengcreate blog baru.  hehe..
Semoga dengan ter"create"nyer blog ni dapt kita berkongsi ilmu yg dipinjamkn Allah S.W.T sesama kita ye.. :D
Dalam blog ni bahasa perantaraan yg akan hamba gunakan adalah pelbagai.. 
Saya,awak, aku, kau, kita , owg.. penggunaan ni tengok mood r.. 
kalo mood giler2 gunelah aku, kau tu
kalo mood jiwang2, sayang2, ni gunelah saya,awak tu..
kalo mood normal gunelah kita, owg tu..

Entah kenape lah tahun ni bwu terbukak hati nak menulis dalm blog.. selama ni karya2 saya semua nye saya tuliskan di word lappy  ja.. saya ade fb tpi dah deactive.. ade sbb musbbnye (ceyy bab karya2 tu mcm pro2 je kan.. padahal ayat2 luahan hati ja hehe) ^_^

astaudi'ukumulah - semoga berada di dalam jagaan Allah.