My Blog List

Monday 28 January 2013

Salam Maulidur Rasul ^_^

Salam maulidur rasul walopun dah beberape hari berlalu.. ^_^ 
Masih saya dapat rasakan kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan tatkala berada di dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Azim Melaka beberapa hari yg lalu.. 
Mengagung-agungkan, Memuji-muji, Melafaz-lafazkan, nama-nama dan kelebihan-kelebihan junjungan besar kita 
NABI MUHAMMAD S.A.W..




صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ   Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ   Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا   Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ   Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا   Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ   Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ   Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ   Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي   Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ   Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد   Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ   Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ   Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ   Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد   Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ   Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد   Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ   Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ   Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ   Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ   Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ   Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى   Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ   Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا   Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ   Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد   Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ   Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد   Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ   Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد   Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ   Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ   Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya..


Semoga dengan membaca post ni kita semua akan mendpat berkah dan rahmat dari Allah S.W.T. kerana 
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”


<3 YA RASULULLAH S.A.W  <3
betapa aku cintakan mu..
betapa aku kasih akan mu..
betapa besar pengorbananmu..
betapa hebat pemerintahanmu..

betapa jujurnya dirimu..
betapa romantiknya dirimu..
betapa sucinya hatimu..
betapa kuatnya dirimu..
betapa ikhlasnya dirimu..

betapa sempurnanya dirimu..
x terucap dengan kata-kataku..
   
<3 YA RASULULLAH S.A.W <3 
betapa aku rindukan untuk menatap wajahmu..
betapa aku ingin berjuang bersama2 denganmu
betapa aku ingin mendekatimu selalu..

No comments:

Post a Comment