My Blog List

Thursday 16 January 2014

Kala terasa penat seharian di lapangan (walopun x seberape nk lapang la.. ;-> ), saya segera mengingati cerita dari Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. terasa nyaman jiwa dan kembali segar seperti kembali dari satu sesi motivasi. Inilah juga yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW, dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abu Laith as-Samarqandi dalam musnadnya dari Ato' bin Abi Ribah (bermaksud), "Apabila seseorang kamu ditimpa musibah maka ingatlah musibah yang turut menimpaku kerana sesungguhnya ia adalah sebesar-besar musibah."

Pastinya jauh langit dan bumi jika dibanding tahap tekanan dan bebanan yang kita hadapi pada hari ini dengan apa yang dihadapi oleh Rasulullah SAW sebagai Rasul ulul 'Azmi dan para salaf as soleh. Namun jelas, tatkala membaca sirah Rasulullah SAW, bagai satu tamparan terhadap diri sendiri betapa tidak layak pun kita mahu mengeluh dengan sedikit ujian yang kita hadapi.

Jamaludin al-Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancong, penjara seperti istirahat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah Taala sebagai kekasih yang dirindui. Sungguh dahsyat ibarat ini. Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirahat dan buang daerah sebagai pakej pelancongan jika ia bukan terdiri dari pejuang-pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah Taala.

Manisnya berjuang apabila kita merasai keperitannya. Seperti lazatnya orang berpuasa setelah ia melalui detik lapar dan dahaga kemudian ia berbuka dihujung hari. Indahnya hidup orang yang mendapat sijil pengajian setelah berpenat lelah saban tahun mencari ilmu. Begitulah manisnya berjuang biar difitnah dan ditohmah. Biar penat dan lelah segala anggota namun di kala ada kesempatan bertelingkuh bermunajat ke hadhrat Ilahi, terasa diri cukup bertuah.

Selamat berjuang buat semua biarpun payah.



senyum selalu.. ^_^

No comments:

Post a Comment