My Blog List

Wednesday 24 July 2013

Wahai anakku,   

Jangan sesekali engkau mencari nahas dengan sahabat-sahabatmu dengan sikap suka


membandingmu. Jika engkau sayang pada persahabatan dengan sahabatmu, jangan sesekali   


kamu menyoal 'siapa yang berkorban lebih banyak untuk siapa.’


Jika engkau inginkan sahabatmu kekal sebagai sahabatmu, jangan sesekali kamu mengungkit perkara yang lepas-lepas tatkala kamu marah dan tersinggung untuk beberapa saat itu.

Untuk menjaga persahabatan, wahai anakku, elakkan dari menuduh dan berkata-kata buruk tatkala kamu diracun oleh mainan minda dan sangka buruk pada sahabatmu tanpa usul periksa.

Wahai anakku,
Untuk mudah menerima sahabatmu sepenuhnya, kamu ingatlah selalu pada waktu-waktu gembiramu bersamanya apabila berdepan dengan perbezaan pendapat.

Untuk pastikan hubungan itu berkekalan, jangan sesekali engkau memperbesarkan kesilapan sahabatmu dan memperkecilkan usaha sahabatmu. Jangan biarkan egomu merasakan diri betul dan sahabatmu sentiasa silap kerana kamu cuma seorang insan yang penuh dosa dan mudah berbuat silap.

Wahai anakku,
Untuk mengelakkan sengketa dengan sahabatmu, janganlah engkau terlalu fokus dengan perbezaan pendapat daripada persamaan pendapat bersamanya. Walaupun kamu lebih tua daripada sahabatmu, jangan sesekali merasakan diri engkau lebih pandai dan besar daripadanya ketika bersahabat. Engkau tidak tahu mungkin umur kamu lebih pendek daripada sahabatmu yang lebih muda daripada kamu.

Wahai anakku,
Aku sedar nasihat aku ini bukan mudah untuk dilaksanakan. Aku juga berdepan dengan masalah ini sepanjang hidupku, namun aku selalu mengingatkan diri sahabat adalah kurniaan Allah. Dan dengan itu, aku hargainya selagi dia ada. Bilamu berasa marah, cuba bayangkan besok hari terakhirmu di dunia ini, apakah berbaloi perkara yang kamu marahkan pada dia yang bergelar sahabat?

Jaga hati sahabatmu, wahai anakku, kerana pengkhianatan tidak mungkin datang daripada musuhmu.

Senyum.


sekali lagi cnp Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man...


ya.. saya akan berusaha agar dapt menjaga halawatul ukhwah yg telah tercipta.. ^_^
indahnya setiap pertemuan apabila berlandaskan fillah..
bahagianya setiap perbualan apabila bertunjangkan fillah..

cume kenakalan saya ni kadang2 suke menyakat sahabat2 dan teman2 sehingga ade yg selalu "BENGKERT" @ "SENTAP".. khikhikhi..
adeii.. ase bersalah plak.. rasekan.. (terima je kesalahan diri ni.. sbb tahu mmg salah diri sendiri..)

Demi Allah niat di hati cume ingin membuat semua tersenyum dan tergelak.. TAPi lepas saya dah kacau puas2 lah.. hehe..

sesungguhnya saya hormat dan sayang setiap insan yg yg menjadi shabat dan kenalan saya.. walopun kadg2 hanya sebentar cuma hubungan kami.. keadaan hidup saya tidak membolehkan saya bersahabt untuk satu jangka masa yg panjang.. Alhamdulillah saya redha.. ini ujian hidup saya.. ape2 pun senyum selalu.. ^^,





2 comments: